Sunday 20 March 2016

ABU AMAN BACHIK PENULIS TAMU MEMOIR AFYASSIN 2 : GURU AL-URAN MUHAMMAD IBRAHIM ANUGERAH DARIPADA ALLAH SUBHANAHU WATAALA

Penulis tamu Abu Aman Bachik (kiri) bersama ex-TBS Tampin ketika melancarkan buku SKTBS di depan alma mater



Abu Aman Bachik (kiri) bersama Ex-TBS Abdullah Ayob  ketika santai di sebuah restoran di Shah Alam.




Guru Al-uran Muhammad Ibrahim (kiri sekali berdiri di baris belakang) menganggotai JK Penerbitan Buku Gunung Datuk di Homestay Kak Salbiah Tonyamor, Mukim Gadong selepas menghadiri mesyuarat JK Penerbitan.

Satu insiden telah menjadi pembuka terombo bagi anugerah Yang maha agung dari Allah yang tiada apa yang mustahil bagi Nya.

Subhanallah, MasyaAllah dan kun fayakun kata Allah. Apa yang dikehendakNya berlaku akan jadi lah ia dengan inayahnya. Memang itu lah pun yang berlaku dalam hidup kami sekeluarga.
Kerana dengan tiada siapa menyangka dan menduga, hasil dari dailog main suruk suruk diatas dengan tak semena mena Allah telah mengurniakan saya dan keluarga sebutir mutiara yang tiada nilaii harga nya didunia ini, malah ia adalah saham untuk kami dan tuan guru juga untuk akhirat nanti. Insya Allah!

Kami telah di anugerahkan oleh Allah sebutir mutiara yang gilang gemilang dalam bentuk seorang guru Alquran bernama Muhammad bin Ibrahim. Tuan guru medidik kami Alquran tampa mengenakan kan kami sebarang bayaran. Khidmat  Tok Mat kepada kami, saya dan isteri adalah percuma , tanpa mengena kan bayaran satu sen pun. Hebat ......... hebat. Memang hebat.

Alhamdulillah Hi Rabbil Alamin, segala puji bagi Allah yang Maha Agung, yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Allah seru sekilian Alam langit dan bumi. Hanya Dia lah yang berhak di sembah dan Dia lah yang berhak dipatuhi. Hanya Dia lah tumpuan Ahlit Taqwa dan sekelian orang mukmin dan mukminat  muslimin dan muslimat yang menjadikan Syurga Allah matlamat hidup dan keujudannya di dunia yang fana ini.

Pada tanggal  23 hb Februari 2013, mulalah sessi  pertama kami saya dan isteri, membuka musyan Osmani semula setelah beberapa lama di tinggalkan. Quran di baca sebelum ini hanya buku surah Yassin. Itulah sebabnya kenapa saya mengatakan kehadiran Tok Mat ini adalah anugerah Maha Agung untuk saya suami isteri. Dengan kehadiran TM kami berjinak jinak semula dengan AlQuran dan kali ini membacanya penuh tertib dan tajwid.

Kini kenal lah kami dengan beberapa jenis Mad dan beberapa hukum, seperti nun sakinah dan bagaimana memula kan bacaan yang bermula dengan amzah wasal yang tak berbaris, walau pun kami telah berguru dengan beberapa orang guru sebelum ini.namun tiada satu pun yang telah mengajar kami sebagaimana Tok Mat mengajar kami tajwid AlQuran yang sepatutnya. Entah kenapa ya diantara guru kami itu adalah Hafiz AlQuran.  Namun gaya mereka mengajar tidaklah sedetail Tok Mat mengjar kami.

Walaupun umor kami telah tujuh puluh tahun, megaji dengan Tok Mat lah baru kami tahu  yang mana satu mad lazim, yang mana satu mat jais, dan mana satu mad asli. Sungguh bertuah rasanya kami mendapat seorang guru AlQuran yang mengajar tajwid begitu terperinci sekali. Dan apa yang perlu dibanggakan ialah Tok Mat ini mengjar lilahhi Taala. Tok Mat mengajar tanpa sebarang imbuhan. Beliau mengjar kami secara percuma. Tiga hari seminggu Isnin Selasa dan Rabu.  Hari Khamis guru AlQuran kami ini adalah sorang ketua chef di masjid AlUbudiah, seksyen 19 di Shah Alam. Chef ini pun di lakukan oleh Tok Mat secara sukarela. Di samping itu Tok Mat adalah guru AlQuran kepada ramai kanak kanak dan orang dewasa.. Begitu mulia anugerah Allah kepada Tok Mat ini.
Secara peribadi Tok Mat adalah seorang Polis pencen yang berpangkat Senior Assistan Commioner di Bukit Aman katika maseh bertugasnya. Beliau adala benar benar seorand HAMBA ALLAH yang tawaddhu'dan tidak membangga diri. Seperkara yang perlu di nyatakan disini ialah: satu hari Tok Mat telah di uji oleh Allah. Tok Mat telak terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta yang di pandunya write off.. telah terlanggar sebatang pokok besar yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Tok mat Telah terlantar di Hospital Tunku Puan Aminah di Klang selama beberapa minggu dengan mengidap beberapa tulang rusok yang patah. Kemalangan itu berlaku ketka Tok Mat dalam perjalan pulang kerumahnya setelan mengajar kami mengaji AlQuran di rumah kami. Namun se lepas beberapa minggu kemalangan itu Tok Mat  tak serik. Beliau datang juga mengjar kami dengan mengemploy seorang dr iver. Begitulah gigih dan istiqomahnya Tok Mat mengajar kami. Driver itu ialah saudara Razali Saad yang sama sama turut mengaji bersama kami.

Memang tak dapat dinafikan ajaran AlQuran tok mat adalah amat memberi bekas. Insya Allah kini kami boleh pula mengajar mengaji Alquran kepada cucu cucu kami.
Segala budi jasa baik dan pengorbanan Tok Mat tiada siapa manusia yang boleh membalasnya. Hanya kepada Allah kami pohonkan keberkatan hidup dan ganjaran syurga firdaus untuk manusia yan bernama Muhammad bin Ibrahim, guru Quran kami. Insya Allah..                    AaB... Ahad ...20032016....224pm..

No comments: