Tuesday 25 March 2014

SEJARAH ADAT PERPATIH DI REMBAU DAN DI JOHOL: DIALOG DAK UJANG KJ-DAK ABEY ANA


Dak Ujang KJ (dua kanan) bersama kawan-kawan yang datang ziarah ke kediaman keluarga Dak Abey Ana di Kg. Gadong  atas pemergian selamanya omak Dak Abey.

DIALOG TIGA PEMINAT SEJARAH ADAT PERPATIH – REMBAU-JOHOL
Undang Rembau pertama moyang waris Biduanda Lela Maharaja dan Biduanda Sedia Raja masing-masing mempunyai empat carak (suku) sebelah ibu. Ziarah pusara Undang Rembau pertama yg terletak di Jalan Chengkau Ulu. 4Mac 2014. Kami - Norzali Ibrahim dan A.F. Yassin prihatin kerana pusara undang Rembau pertama terabai.Top of Form

Ghazali Yasin:
1. Menarik sungguh kisah sejarah pengasas Undang Luak Rembau yang AFY paparkan ini. Mengikut papan kenyataan di atas, Undang Luak Rembau yang pertama disandang oleh Dato’ Lela Maharaja Dato’ Seri Rama bin Tok Lela Balang dan baginda memerintah pada tahun 1540 hingga 1555. Sedangkan Undang Luak Johol pula mengikut catatan Wilkinson, Hurvey dan A. Samad Idris (rujukan: Cikgu Hj. Ab. Manas Itam seorang Tokoh Adat Perpatih di Johol) pusaka Undang Luak Johol diasaskan pada tahun 1723 dan Dato’ Undang yang pertama ialah seorang perempuan bernama Puteri Kunun (juga dikenali sebagai Nenek Kerbau dan Sitiawan).

2. Menurut penceritaan yang diberitahu oleh Haji Yunus (seorang lagi tokoh Adat Perpatih di Johol) kepada saya - Puteri Kunun bersama ayahandanya, Dato’ Bendahara Sekudai dan 
3 orang kekandanya yang bernama Johan, Pahlawan dan Lela Perkasa serta beberapa orang juak baginda telah dipelawa oleh Dato’ Batin Pak Joho (bukan Dato’ Batin Balang seperti yang pernah saya ceritakan dalam fb sedikit masa dahulu) datang ke Padang Pak Senai (satu kawasan di Johol) apabila negeri yang diterokai ayahanda baginda di Pasir Besar selama 8 tahun menjadi huru-hara dan ramai hulubalang yang mati berbunuhan sesama sendiri akibat gangguan jin yang menyerupai seorang perempuan yang amat cantik hingga menjadi rebutan orang lelaki di Pasir Besar (kononnya). Sebelum itu, Dato’ Bendahara Sekudai bersama 4 orang anak baginda serta beberapa juak istana telah melarikan diri dari Johor ke Pasir Besar di Negeri Sembilan oleh kerana Sultan Johor ketika itu telah mati terbunuh dek diserang oleh hulubalang-hulubalang pengikut Sultan Johor yang memerintah sekarang ini.

4. Apabila keadaan huruhara di Pasir Besar itu diketahui oleh Dato Batin Pak Joho menurut firasatnya maka beliau bersama pengikutnya turun mengikut air sungai ke hilir hingga sampai ke Pasir Besar untuk menyelamatkan Dato’ Bendahara Sekudai yang dalam kesusahan. Dato’ Batin Pak Joho pun mengadap dan mempelawa Dato’ Bendahara Sekudai dan 4 orang anak baginda serta juak-juak istana yang tinggal untuk menyelamatkan diri ke Padang Pak Senai. Setelah berunding bersama keempat orang anak baginda maka Dato’ Bendahara Sekudai pun bersetuju mengikut Dato’ Batin Pak Joho dan pengukutnya mudik ke hulu sungai.

5. Setelah lama berdayung maka sampailah rombongan di Kuala Sungai Koghoh. Kemudian mereka mudik lagi hingga sampai Kuala Melekai lalu naik ke darat. Dato’ Bendahara dan rombongannya dibawa pergi ke rumah Dato’ Batin Pak Joho di Tanjung Beringin.

6. Selepas itu Tok Batin Pak Joho pun memanggil Orang Asli membuat sebuah istana untuk menempatkan Dato’ Bendahara Sekudai serta juak-juaknya. Selang beberapa hari siaplah istana dan bersemayamlah Dato’ Bendahara Sekudai di situ. Dato’ Batin Pak Joho dan anak buahnya mengawal di Kuala Mudik dari kemungkinan serangan musuh.

7. Selepas keadaan agak teratur maka Tok Batin Pak Joho, yang merupakan adik paling bongsu, pun memerintahkan anak-anak buahnya pergi menjemput abang-abang beliau iaitu Tok Batin Sungai Ujung (yang sulung), Tok Batin Rembau (abang kedua) dan Tok Batin Jelebu (abang yang ketiga) datang untuk mempelawa mereka datang ke Tanjung Beringin untuk mengadap dengan Dato’ Bendahara Sekudai.
 
Dak Ujang KJ (kanan)  di krdiaman Salleh Simon di Kemensah Height di majlis perkahwinan anak Salleh 22 Mac 2014 lalu.bersama Khalid Ismail.

8. Apabila ketiga Dato’ Batin itu sampai di Tanjung Beringin maka berkumpullah empat beradik itu dan mereka pun berunding. Tok Batin Pak Joho berceritalah kepada ketiga abang beliau tentang nasib yang menimpa Dato’ Bendahara Sekudai serta keluarga bendahara di Pasir Besar dan kewajaran Dato’ Batin Pak Joho mempelawa Dato’ Bendahara Sekudai datang ke Tanjung Beringin.

9. Setelah perundingan dibuat maka keempat-empat Dato’ Batin itu pun bersetuju menerima dan membantu Dato’ Bendahara Sekudai dan keluarga serta juak-juaknya memulakan penghidupan baru dan membuka negeri baru.
8. Sebelum menyerahkan kawasan maka dilantiklah keempat orang anak Dato’ Bendahara Sekudai (3 lelaki dan 1 perempuan) sebagai pemerintah. Yang sulung bernama Johan dipelawa oleh Tok Batin Sungai Ujung untuk membuka negeri di tempat beliau (Sungai Ujung). Yang kedua bernama Pahlawan dipelawa oleh Dato’ Batin Rembau untuk mengikutnya membuka negeri di Rembau. Yang ketiga bernama Lela Perkasa mengikut Tok Batin Jelebu membuka negeri di situ. Manakala yang bungsu, Puteri Kunun dicadangkan memerintah di Johol di bawah nasihat ayah baginda sendiri iaitu, Dato’ Bendahara Sekudai. Baginda diberi gelaran Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan (menggabungkan nama keempat adik beradik baginda).

10. Dalam perundingan pembahagian kawasan pemerintahan itu Dato’ Batin Pak Joho mencadangkan supaya kawasan tanah lopan dan payo (di Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol) diserahkan kepada anak-anak Dato’ Bendahara Sekudai. Manakala tanah gaung guntung, bukit bukau, pematang yang panjang diperintah oleh Dato’-Dato’ Batin. Cadangan itu dipersetujui oleh abang-abang beliau.

11. Itulah pengkisahan asal usul pusaka Undang Luak Johol dan lain-lain luak (Sungai Ujung, Rembau dan Jelebu) yang diceritakan oleh 2 orang tokoh adat di Johol.
11. Yang menjadi persoalan ialah: dari sumber papan kenyataan menunjukkan bahawa Pengasas Undang Luak Rembau yang Pertama memerintah Rembau dari tahun 1540 hingga 1555 jauh sangat beza tarikh pengasasan pusaka Undang Luak Johol yang petama iaitu pada tahun 1723 sepertimana yang dikutip dari rekod (penulisan) Wilkinson, Hurvey dan A. Samad Idris. [Nota: sehingga kini saya belum sempat menyemak rekod yang dituliskan oleh ahli-ahli sejarah berkenaan]. Mungkin kerja-kerja pengkajian tentang pengasasan pusaka keempat buah (luak) di Negeri Sembilan ini akan lebih menarik lagi! Saya juga berpendapat pengakajian tentang catatan sejarah Kesultanan Negeri Johor perlu dikaji oleh kerana pengasasan pusaka undang luar Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol berkait dengan kejatuhan Sultan Johor yang terdahulu. Wallahualam!

Ghazali Yasin:  Jikalah betul keturunan Dato' Bendahara Sekudai dari Johor yang mengasaskan pusaka Undang Luak di empat buah negeri (Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol) berrmakna ia bukanlah datang dari daerah Minangkabau? Ia sepatutnya dari Negeri Johor! Menurut keyakinan saya hanya Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau!

Ahmad Fadzil Yassin:  Sayo memang totarik dgn kisah undang ini. Ada persamaan dengan nama Sultsn Johor dan tokoh yang bernama Skudai. Parr snd Mackray menyebut Bendagara Skudai yang anaknya berkahwin dgn Dato' Lela Balang. Tapi nama Bendahara itu dipertikaikan Norhalim Ibrahim penyusun buku Negeri Yang Sembilan. Menurutnya Nama Skudai itu bukan Bendahara Johor tapi nama Tok Batin yang menetap di Kg. Lada Chengkau. kalau betullah Bendahara Skudai dan bukan Tok Batin Skudai maka ada persamaan dalam sejarah Melayu yang menyebut Bendahara Skudai diberi kuasa oleh Sultan untuk menjaga kepentingan wilayah di ulu Melaka. Termasuk dalam wilayah Ulu Melaka adalah Rembau sehingga Sungai Ujong. Ada juga disebut nama Dato' Rembau dan kemungkinan Dato' Rembau ini ketua yg menjaga kawasan Rembau di bawah Bendahara.

Ghazali Yasin: Lagi banyak ese baco dan dengar cerita dari tokoh-tokoh adat lagi saya keliru. Yang pasti kita perlu banyak lagi buat kajian perbandingan untuk menghasilkan sesuatu yang dianggap sejarah yang hampir-hampir sohih. Seelok-eloknya peneraju Adat Perpatih patut anjurkan satu seminar adat supaya perbincangan dapat dibuat hasil daripada beberapa kertas-kertas kerja tokoh akademik Adat Perpatiih yang tersohor serta penceritaan daripada tokoh-tokoh adat yang tersohor. Orang macam kita ini boleh menawarkan diri sebagai rapporteur. Wallahualam!

Ahmad Fadzil Yassin: GY dah banyak seminar diadakan tapi topughok dalam laci jo. Buek seminar cumo mahukan elaun jo. Lopeh tu titik.

Ghazali Yasin:  Ese difahamkan Adat Perpatih dan Sejarah Noghoghi Sembilan ini sudah banyak cacat celanya. Oghang yang berhak tidak diberikan kuasa dan yang tidak berhak telah berkuasa (peranan Vit M). Yang jadi peneraju adat sekarang ini (di beberapa peringkat) tidak berminat nak berseminar atau untuk menyorot sejarah atau salasilah adat kita atau keturunan kita sobab mereka takut kok kecatatan itu jatuh ke atas diri mereka sendiri. Mereka was-was tentang kedudukan mereka sebenarnya. Itu pendapat peribadi se lah. Walaubagaimana pun, untuk mencari kebenaran orang yang ada prinsip dan tidak ada kekepentingan perlu meneruskan kajian secara bersedirian atau dalam kumpulan kecil.

Ahmd Fadzil Yassin: GY. Oghang yang tau ttg adat perpatih Ghombau ni ghamai tompi yang tau fakta berdasarkan bukti empirikal dan pensejarahan terlalu sikit. Ado yang berhujah berdasarkan logijlka politik dan kepentingan pribadi. Selagi ini tak ditangani usah mimpilah nak perbetul sistem?

Ghazali Ysin: Iyo bang. Yang coghodik pandai (termasuk yang dah masuk menara gading) pun masih terikut-ikut budaya Tok Selampit yang membawa coghito penglipur lara - dari satu tompek ko satu tompek - di sini isi coghito eh kurang sikit - kek tompek lain tambah kuah lai. Poi satu tompek lai berubah pulak coghito eh!


 Buku Sejarah Johor dan Kaitannya dengan Negeri Melayu karangan  Cikgu Shaharom Hussain: Ada disebutkan tentang sejarah Rembau yang dikaitkan dengan Kesultanan Johor.

Ese difahamkan ada sebuah coretan yang ditulis dalam tulisan jawi lamo yang tersimpan oleh Tn. Hj. Yunus (pangkat Pak Sodagho kek OG se) yang kini sudah berumur lebih 80 tahun. Menurut cerito eh ia ditulis oleh pangkat moyang kek dio dulu. Moyang dio hidup di zaman Dato' Undang Luak Johol yang ke-6 Dato’ Abu Bakar Gobah - juga dikenali Tok Buncit (1820-1840) – dari suku Biduanda Waris Johol.Selepas itu zaman Dato' Seeto (Tok Eto), undang yang ke-7 dan meninggal semasa pemerintahan Undang ke-8 - Dato' Wan Omar (dari Suku Biduanda Gemencheh). Sekarang ini dio cuba nak merumikan transkrip itu. Jadi kisah sejarah mengenai pengasas pusaka Undang Luak Johol adalah rujukan daripada coretan moyang Tok Yunus ini. Ese difahamkan sudah ado yang kuyak dan dimakan lipeh. Ese akan cuba ambik gamba atau fotostat setakat mano yang boleh.

Ahmad Fadzil Yassin: Begitu jugak dengan buku Rembau Sejarah adat dan Perlembagaannya dalam tulisan Jawi. Buku ini boleh dirumikan tompi sapo nak tanggung kosnya. Ghamai yang boduit baik di Johol maupun di Ghombau. Tompi nak nyumbang jawikan tak ado sapo.

Ghazali Yasin: Memang begitulah keadaannya bang. Ese baghu membuat kajian awal di peringkat pengutipan fakta melalui temubual dengan beberapa tokoh adat dan membuat rujukan kepada beberapa buku Adat Perpatih pun sudah ada yang menegur - buek apo kau buang maso, sapo nak terbit, siapo nak boli. "Kau ingat ...... tu setuju ke dengan apa yang engkau tulis nanti", dan kurang sangat yang memberi peransang. Ese fikir ini mungkin juga satu sifat oghang kito yang suko monyimpan bondo-bondo lamo (antik) bawah katil, ateh poghan, dalam kui, dalam setor dsbnya. Lama kelamaan barang antik itu rosak atau pocah. Walaubagaimana pun, kalau tak ada yang sanggup menerbitkan nanti ese cuba struktur baik-baik dan postkan dalam blog sajalah. Nikmat yang mungkin akan saya perolehi nanti bukannya WANG RINGGIT tetapi dapat mengenali SEJARAH KETURUNAN SAYA DAN MASYARAKAT MELAYU DI JOHOL INI KHUSUSNYA. Insya'Allah!

Ahmad Fadzil Yassin: Ginilah GY. Kito buek apo yang mampu dan sanggup. Siapkan manuskrip eh. Kalau tak ado kos toghobitkan masuk dalam blog dulu sobab blog pon boleh diekses worldwide. Malah boleh masukkan sebagai entri dalam Wikipedia.

Ghazali Yasin:  Ese cubo lakukan dengan cagho kojo santai-santai. Untuk mengisi maso yang terluang. Kek kampung ini nak motong pun tak todayo lai bang oi. Mokasih!

Ahmad Fadzil Yassin: GY ok sobab ado pencen. Sayo tak boleh gitu kono motong kalau tak soru. Maklum tak ado pencen. Nampak eh kono poie motong haghi-haghi. Tosusup-sasap motong.

Komen:
Dato’ Andika Ainul Hasni: Monyandang pusako bogola sumo orhang ondak topi bilo sobut monjalankan adat istiadat ghamai yang ngolabah malah ado yang tak tau langsong tak ghoti nak monjalankan adat ado yang tak kona kodim bosa bopak apo poranan sotiap orang tu malah poranan dio sobagai lombago pun tak tau sopatut ee sotiap yang bogola pusako mosti buleh mombori ponorangan kopado ahli masyarakat kopado anak anak sokolah borani mombori corhamah umum bokaitan dongan adat diharap manao mano ponyandang pusako tu eloklah bolajar dan ambik tau sumo aspek kohidupan sodio bodopan bilo dipangge untok mombori corhamah...Top of Form

Adat Perpatih: Siapo yang lobih pandai dari dio pasti akan dipancung..oleh yang demikian lebih baik diam dari bersuargho....tak fikir hukum ALLAH jika perkara yang diamanahkan tidak dijalankan dgn betul...hukum dunio lepas dan hukum akhirat bolom tontu lae....ALLAHUAKBAR.


No comments: