Thursday 3 April 2014

URUT ORANG TANJUNG DAN KAIN ORANG JOHOL DI RUMAH ABU SUFI

Sebelum mohon diri para tetamu bergambar ramai sebagai tanda kenangan. Hos Abu Sufi paling kanan.
Tamu Mazlan Tanjung memanfaatkan kepakaran mengurut Tajul  yang mengerang kesakitan.
Mazlan Tanjung cuba mengurangi kesakitan yang dirasakan Dato' Nordin Ahmad.
Mazlan Tanjung dengan air penawar di tangan
Hos Abu Sufi bersama-sama dengan Datin JU (kiri) dan Abdul Aziz.
Tamu Dato' Nafsiah Abu Bakar antara yang hadir di rumah Abu Sufi di Sungai Tua, Batu Caves.
Dato' Nordin Ahmad (kanan), Mazlan Tanjung sedang menikmati hidangan di atas meja manakala Hos Abu Sufi dengan "kamera tikamnya".
Abdul Aziz (tengah), orang rumah (kiri) dan Tajul Urus Hassan tenang menghadapi menu di atas meja.
"Kamra tikam" Abu Sufi tetap bersamanya membidik sasaran.
Ghazali Yassin juga tertawa besar beraksi dengan kamera, tetapi bukan "yang tikam" dan mungkin harganya seekor induk kerbau.
Rubiyah Suleiman, orang rumah A.F.Yassin (kanan) rancak berbual dengan Dato' Nafsiah Abu Bakar
Tajul Urus (kiri) Ghazali Yassin dan Mazlan Tanjung dalam perbincangan menentukan  siapa yang mahu diurut dahulu.
Antara Hos Abu Sufi (kanan) dengan Tetamu Dato' Nafsiah Abu Bakar mungkin ada sesuatu yang mahu dibincangkan.
Nabjeah Abd. Aziz (Zimah) kiri dan Dato' Nafsiah Abu Bakar tekun menyaksikan Dato' Nordin Ahmad "diurut" Mazlan Tanjung.
Abdul Aziz bertanyakan sesuatu kepada Dato' Nafsiah Abu Bakar.
Abdul Aziz (kanan) bersama Dato' Nafsiah Abu Bakar (tengah) dan Datin Jamilah Ujang. Siapa yang hensem dan siapa yang anggun?
Wanita dalam "konferensi" kewanitaan dalam mencari satu titik pertemuan!!
Empat jejaka otai, diapit oleh dua adik beradik. Abu Sufi di kanan dan Tajul Urus di kiri. Mazlan Tanjung (dua kiri) dengan AFY.
Tamu wanita  "shopping" kain ela , acara last kopek di rumah Hos, khas dibawa dari KJ.
Abdul Aziz (kiri), Ghazali Yassin dan Dato' Nordin Ahmad asyik memerhatikan Mazlan Tanjung "masaj" Tajul Urus (tak kelihatan).
Setelah selesai "masaj tradisi" kedua-dua Ghazali Yassin (kanan) dan Tajul Urus segar riang dan kelihatan wajah riang  walaupun mereka membelakangi kamera.
Demikianlah hari ini, Abu Sufi Hassan, popular dengan panggilan Dak Chupi, ex-TBS sebagai hos kepada sekumpulan kecil warga Grup TBSST memperlihatkan keramahan dan kemesraan yang tidak ternilai kepada para tamunya. Tidak ramai tetapi cukup membawa erti kepada sebuah keikhlasan yang  terpancar dari seri wajahnya. Abu Sufi, anak Gadong yang puluhan tahun berada di luar negara melalui kerjayanya sebagai staf diplomatik memperjelas tujuan mengundang tetamunya ke rumah. Mungkin dalam hati Abu Sufi berkata, " Jamuan kecil makan tengah hari adalah bersifat private atas dasar peribadi bukan atas Grup TBSST." 

Yang enarik dalam jamuan santai hari ini ialah kuih-muihnya seperti Apam Johol dan kuih kuci, tapai pulut, puding, epok-epok dan lepat pisang. Yang hadir Dato' Nafsiah Abu Bakar, Dato' Nordin Ahmad dan Datin Jamilah Ujang, Mazlan Tanjung, Abdul Aziz dan isteri, Tajul Urus Hassan, Ghazali Yassin dan isteri, Ahmad Fadzil Yassin dan isteri, Nabjeah Abd. Aziz dan Ainy Rembau Abdullah.
"Dak Chupi was fabulous and jovial  smiling his way throughout," as one would have put it.

14 comments:

Anonymous said...

Tahniah Chupi for the well-planned private lunch with close friends.

Dak Abey Ana said...

Pi, sayo mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengundang sayo dan isteri ke rumah u di Old River BC. Hidangan istimewa masakan kampung, kali ini tak podeh sangat Alhamdulillah. Dan istimewa kepada tamu yang datang dengan juadah "potluck" masing-masing. Hanya sayo sahaja yang datang berlenggang. Maklum hari ini dan semalam tak dapat motong kerana hujan. Lagi pun orang marhaen beginilah cara hidupnya kais pagi makan petang dan kais petang makan pagi. You are indeed a perfect host. I salute you waghih!

Anonymous said...

Baru-baru ini ada kumpulan yang menggelar dirinya Ex-TBS 69. Maksudnya sekumpulan bekas pelajar tahun 1969 Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin mengadakan acara makan-makan di salah sebuah hotel terkemuka di Seremban yang ditaja seorang bekas pelajar TBS 69 yang berpengaruh dalam bidang pendidikan.

Ada yang berpendapat ini satu langkah yang baik untuk saling memperkenalkan diri dalam kelompok yang setiap anggotanya "familiar with". Maksudnya mereka pernah belajar di sekolah berkenaan beberapa tahun secara bersama dan membesar dalam bidang pembelajaran oleh guru-guru yang sama.

Ini satu perkara yang baik diamalkan dan patut diteruskan oleh kumpulan pelajar mengikut tahun masing-masing sekiranya ada kumpulan lain seperti bekas pelajar TBS 68 umpamanya mengadakan pertemuan yang serupa.

Boleh mulakan daripada kumpulan bekas pelajar TBS sejak sekolah TBS mula ditubuhkan. Dan semua kumpulan yang telah saling memperkenalkan diri masing-masing dengan lebih mesra akirnya bertemu dalam satu gerakan Reuni yang lebih besar dan menyeluruh pada suatu tarikh ketamat yang ditetapkan, misalnya tarikh 1 Meei setiap tahun seperti yang dilakukan Grup TBSST. Melalui pertemuan "Grand Reunion " begini status alma mater akan dapat diperkasa malah dikenali oleh bekas pelajar umumnya.

Sayugia dimaklumkan bahawa kebanyakan guru di sekolah ini adalah juga bekas pelajar sekolah dan kini barangkali telah bersara daripada kerjaya mereka. Atau bukan tidak mungkin masih ramai yang meneruskan kerjaya mereka dalam pelbagai bidang. Teruskan usaha memupuk semangat silaturrahim melalui jaringan sosial yang mengikat dan kadang-kadang mencabar.

Anonymous said...

Dirgahayu Alma Materku Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin yang sebelum merdeka dikenali dengan Government Secondary English School Tampin.

Eks-TBS 1970-an said...

Ini apa punya cerita dah. Baru-baru ini dengar kaba ada seorang tua otai tak nak lagi menyumbang dalam FB. Dia ini ceritanya banyak membuat input yang dia sahaja yang handal dan hebat. Sekarang bila kena bantai kiri kanan dia pun merajuk konon kerana disembar halilintar dan kenkawan dalam fb. Belagaklah dan syok sendiri. Tak sampai seminggu dah macam cacing kepanasan. Dan jadi gila talak. Tak usahlah nak kelentong kawan-kawan. Tulis jolah. Dan tebalkan telinga. Biasanya bila tak hendak menulis lagi tutup buku. Duduk diam-diam saja. Yang gatal tangan nak menulis tu apa hal. Sudahlah pandangan tak laku lagi duduklah di mesjid. habih cerita. Pandangan ikhlas dari seorang eks-TBS yang bukannya hipokrit.

Anonymous said...

At loggerheads again? A typical Melayus. After almost 600 years of survival since the fall of the Malacca Empire, The Melayus never have the sincere intention of becoming a good-hearted nation. You Melayus are forever stink.The Melayus seem to forget history. Have you ever learned any lesson from the collosal of Si Tanggang, Laksamana Bentan, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang or The Great Bendahara Tun Perak and Si Kitul. All perished due to the antiques of the Melayus with their enemies within a.k.a phd.

Anonymous said...

Abu Sufi was at his element yesterday during his private lunch with his inner circle of friends. He was indeed the man of the hour so much so that he almost starved himself to the limit. I envy you Bro. Will there be other private lunches in the near future as hinted by Ghazali Yasin from Kuala Johol?

Anonymous said...

Abu Sufi, why go private. Grup TBSST has 300 members on the list. Surely you can manage to convince Tn. Presdent of the Group to enlighten members of the coming programmes and projections so that members will be well-informed beforehand.

Anonymous said...

Walaupun Abu Sufi punya hak untuk mengadakan kenduri atau seumpamanya di rumahnya secara peribadi atau private bukankah lebih afdal kalau beritahu Tn. Presiden atau sesapa sahaja yang menerajui Grup TBSST sekurang-kurangnya beritahu Abu Sufi bahawa tak ada salahnya "just for courtesy sake". Hormat sedikit kepada Presiden Grup. Tetapi sebaliknya tidaklah perlu memaklumkan kepada sesiapa jika Abu Sufi nak buat suatu majlis private affair dengan hanya memanggil orang-orang yang rapat dengannya. Lainlah kalau kenduri kahwin atau yang sama setaraf denganya. Ini hanya satu pandangan.

Anonymous said...

Saya terpanggil untuk komen mengenai rungutan dan ungkitan dari anonymous berhubung dengan lunch yang diadakan di rumah Abu Supi. Pada hemat saya adalah hak peribadi dia hendak menjemput sesiapa yang dia suka . Saya difahamkan lunch itu bukan sahaja dihadiri oleh member ex-TBS, tetapi juga saudara dan kenalan rapat beliau. Pada 2hb April lepas, itulah kali kedua dia mengadakan lunch sedemikian. Sebelum itu telah diadakan lunch pertama yang dihadiri oleh Tuan Presiden kita. Oleh itu soal tidak menghormati Tuan Presiden tidak timbul. Sila lihat posting gambar2 dalam fb. Secara peribadi saya tidak dijemput pada program pertama. Bagi program kedua saya dijemput tetapi tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Dia dengan rendah hati meminta maaf kepada saya kerana tidak menjemput pada program pertama dan memberitahu masalah logistik dan juga tak mampu hendak jemput semua serentak. Siapa yang pernah pergi ke rumahnya pasti tahu betapa sempitnya jalan dihadapan rumahnya, walaupun kawasan rumahnya boleh menempatkan 4 buah kereta. Parkir hanya boleh disebelah jalan saja. Kalau dirikan khemah diatas jalan, laluan kena tutup dan ini akan menjadi rungutan jiran2 kerana bukan majlis kahwin. Penyedian juadah dimasak oleh isteri beliau sendiri yang ramai maklum isterinya tidak berapa sihat . Saya juga difahamkan beliau ada menjemput beberapa ahli ex-TBS tetapi mereka tidak dapat datang. Yang tidak sedapnya pada hari majlis diadakan ada juga yang telah beritahu akan datang tetapi tak muncul. Saya harap janganlah kita cepat pransangka terhadap seseorang tanpa memikirkan susah payah dan pengorbanan yang dilakukan. Kalau anonymous tidak mahu ketinggalan untuk jemputan batch yang ketiga, sila beritahu your true indentity.
Chat Conversation End

Dak Abey Ana said...

Menarik juga membaca komen terbaru Anonymous di atas. Anonymous ini bagus bahasanya seperti bahasa ikut buku dan mungkin Anonymous ini pernah menjadi pendidik dulunya. Daripada komen yang diberikan beliau mempunyai pendirian yang telus dan ikhlas bahawa hos Abu Sufi mempunyai hak untuk mengadakan makan-makan di rumahnya sama-ada secara private atau sebaliknya. Cuma sayangnya Anonymous tidak menjelaskan "true identity"nya sekadar menyebut Anonymous. Maka tak siapalah yang tahu identitinya. Tetapi sesiapa yang membaca komen ini dan pernah ke rumah hos kita ini akan dapat mengagak siapa sebenarnya Anonymous ini. Abu Sufi mungkin akan terpikir dalam hatinya siapa sebenarnya orang yang bernama Anonymous. Abu Sufi boleh memperkecil daerah pencariannya kepada sesiapa sahaja yang dijemput atau tidak dijemput ke rumahnya dua kali terakhir itu. Menurut Aonnymous dia tak dijemput pertama kali tetapi dia dijemput kali kedua.Dan dia tidak hadir kedua-duanya. Untuk jemputan kedua dia ada hal katanya. Dengan demikian Abu Sufi bolehlah mengagak siapa Anonymous yang membuat komen terbaru ini. Apabila Anonymous berkata pada jemputan pertama kali Tn. Presiden hadir saya rasa itu mungkin kurang tepat. Sebab saya hadir pada dua kali jemputan dan saya rasa Tn Presiden tak hadir pada jemputan pertama. Begitu juga pada jemputan kedua. Tetapi mungkin juga saya terlepas pandang. Yang hadir pada jemputan pertama antaranya CLA dan Datin Naz dan Dato' Anjang Aki. Dato' Nafsiah tak hadir pada makan-makan pertama tetapi hadir pada makan-makan kedua. Begitu juga Nabjeah dan Ghazali Yasin. Mohamad Ibrahim hadir pada kali pertama tetapi tidak pada kali kedua "atas sebab tertentu." Dengar kabar Ali Muduk tak hadir pada dua makan-makan walaupun dijemput kedua-duanya. Begitu pulalah para tetamu yang lain deperti Dato' Nordin Ahmad, Datin Jamilah, Mohamad Ayob Hashim dan beberapa yang lain tidak terkecuali Mazlan Mohd Said dan Tajul Urus adik Hos. Saya rasa Abu Sufi sebagai hos yang jujur dan ikhlas tahu akan jawapannya. Kerana jawapannya ada dalam komen oleh Anonymous ini. Hanya sahaja alangkah moleknya jika Anonymous yang memberikan komen terbaru ini memperkenalkan dirinya agar hos Abu Sufi dapat memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepadanya. Tidaklah Abu Sufi terpaksa membuat agakan yang belum tentu betul dan tepat.

Dak Abey Ana said...

Saya ingin menambah nama jemputan yang hadir di rumah Hos Abu Sufi dalam komen saya di atas. Turut hadir di kedua-dua jemputan ialah Abdul Aziz, walaupun beliau terlewat sampai kerana cucu. Begitu juga dengan Ainy Rembau Abdullah yang datang "all the way from Kajang". Haflah Piei datang pada jemputan pertama tetapi tidak pada jemputan kedua.

Abu Sufi said...

Kato Dak Chupi
Bang Kabir....pembetulan. Tn Presiden & OG hadir pada Majlis pertama.
2. Biar saya bercakap dulu dengan pokok cili dan terung dan akan membuat ulasan berikut. Terima Kasih kepada penyumbang Komen

Dak Abey Ana said...

Oh begitu, saya tak perasan yang Tn. Presiden kita hadir pada jemputan pertama. Saya mohon maaf kepada Tn. Presiden almaklum usia otai begini mudah lupa.