Thursday 27 March 2014

TEROMBA JOHOL: KISAH PUTERI KUNUN DENGAN RAJA KAYANGAN



Ghazali Yasin (kanan) bersama Abu Sufi Hassan di rumah Ghazali di Kuala Johol 26 Mac 2014

Kediaman Ghazali Yasin di Kuala Johol.
  •  
  • Donga coghito Dak Ujang sedang menulis kisah bagaimana Puteri Kunun, yang menyulungi pusaka Undang Luak Johol terpaksa dilarikan oleh Raja Kayangan ke Gunung Sitiawan demi untuk menyelamatkan serta memberi ilmu kesaktian kepada baginda bagi menghadapi gangguan Raja Jin yang bernama Raja Joing yang bersungguh-sungguh hendak memperisterikan baginda. Mendengar cerita Puteri Kunun dilarikan ke Gunung Sitiawan oleh Raja Kayangan maka Raja Joing sangat murka dan memerintahkan seorang pemuda bernama Mat Salleh untuk mencari Puteri Kunun untuk diserahkan kepada baginda. Mat Salleh terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Untuk menyeberangi lautan untuk sampai ke Gunung Sitiawan itu beliau kononnya telah menaiki buaiyan yang dipasang diatas salah satu kepada naga kepala tujuh. Akhirnya Puteri Kunun dapat dibawak balik dengan diiringi 4 puteri kayangan. Tunggu kisah itu dalam sehari dua ini sama ada Raja Joing berjaya menikahi Puteri Kunun atau sebaliknya. Sama ada kisah itu benar atau dongeng sama-samalah kita menilainya nanti. Wallaualam!
  •  
  •  

1 comment:

kelab afyassin said...

Rashid A. Ghani: Salam..sey memang suko cito cito keturunan kito ni...sey dr keturunan batin skudai tu...topi sekarang undang luak lobeh ko duit...yg dio nampak keto bosa roadtax pree...dapek kontrek sano sini...anak eh lobeh pado abah he....mcm rajo mudo...boto lah apo yg sedoro kobaan...tak tau apo jawatan tu sebonar eh...omputeh maghrin yg rusak an adat kito sumo ni..